Apple Beri Amaran Elakkan Pengguna Tidur Berdekatan iPhone Sewaktu Dicas

 

Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pengguna telefon pintar untuk mengecas telefon pintar sewaktu tidur. Hal ini kerana, telefon tidak digunakan pada waktu tersebut serta membolehkan pengguna dapat menggunakan telefon pada keesokan harinya dengan pengecasan yang penuh.

Meskipun tampak lebih memudahkan, Apple baru-baru ini tampil dengan sebuah amaran memaklumkan kepada pengguna iPhone untuk elak mengecas iPhone sewaktu tidur dalam keadaan yang rapat.

Menurut Apple, tindakan mengecas iPhone serta diletakkan pada tempat tidur seperti di tangan, bantal mahupun tilam mampu mengundang kepada ketidakselesaan serta kecederaan. Malah, Apple turut menyatakan pengguna perlu menggunakan common senses bagi mengelakkan perkara ini berulang.

Selain itu, Apple turut memaklumkan kepada pengguna untuk elak menggunakan pengecasan pihak ketiga yang mungkin memberi kesan kepada kestabilan voltan sewaktu mengecas iPhone.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mahu mengecas iPhone pada waktu waktu malam disarankan untuk mengecas pada keadaan berjauhan dengan iPhone atau setidaknya berjarak dengan katil yang mahu ditidur.

Sumber Vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related Posts:

  • Menjadi seorang isteri yang taat Menjadi seorang isteri yang taat Sebagai seorang isteri, sejauh manakah sewajibnya taat isteri terhadap suaminya? Isteri solehah iaitu isteri yang taat dan patuh terhadap suaminya, kepatuhannya itu bukanlah di dalam kem… Read More
  • Juadah ramadan Restoran Rasamas di Sungai Buloh Juadah ramadan Restoran Rasamas di Sungai Buloh Pemandangan dari luar Tengahari tadi saya telah meminta pertolongan hubby, membawa saya pergi menghantar barang yang pelanggan telah tempah di sekitar Damansara Damai. Pe… Read More
  • Petua penjagaan kecantikan di setiap negara Petua penjagaan kecantikan di setiap negara Kecantikan merupakan satu keperluan bagi setiap gadis mahupun wanita pada bila-bila masa atau di mana jua mereka berada. Gadis di seluruh dunia pasti mempunyai rahsia kecantika… Read More
  • Makanan yang tidak boleh dimakan bersama pisang Makanan yang tidak boleh dimakan bersama pisang Ramai yang mengemari makan pisang tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak. Ini kerana pisang merupakan sejenis buah yang biasa dan senang didapati di mana-mana saja. Ia … Read More
  • Apakah hukum seorang suami dipukul oleh isteri? Apakah hukum seorang suami dipukul oleh isteri?  Isteri yang solehah adalah mematuhi segala perintah suami dengan penuh taat, selagi suami tidak mengajak isteri kepada perbuatan maksiat atau mempersekutukan Allah. A… Read More